Pages

Wednesday, February 22, 2012

K-Kompak #86 (Mac 2012)

K-Kompak Isu 86 mengenengahkan 2 jentera milik Edi. Sebuah dari model L500 yang dilengkapi dengan bodykit Kewell dan sebuah lagi dari model Gino 2 pintu. Banyak paparan dan buletin menarik yang disajikan untuk pembaca setia K-Kompak. Akan berada dipasaran pada penghujung Februari ini. Jangan ketinggalan!

Wednesday, February 1, 2012

Poster Design: Pertandingan Bowling Amal



Project Name: Poster Pertandingan Bowling Amal
Client: Ikatan Ukhuwah

Ikatan Ukhuwah yang memang cukup terkenal dengan aktiviti kemasyarakatan memulakan aktiviti untuk tahun 2012 dengan Pertandingan Bowling Amal. Saya sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk merekabentuk poster untuk aktiviti yang akan diadakan pada 10 Mac nanti. Untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini, sila ke laman Facebook: Ikatan Ukhuwah.

Pertandingan Logo Keicarmania Jam 2012


Untuk ulangtahun Ke-6 Keicarmania.com, pihak pengurusan Keicarmania telah mengadakan "Pertandingan Mencipta Logo Keicarmania Jam 2012. Tidak mahu ketinggalan, maka saya turut serta dalam pertandingan yang diadakan di group Facebook Keicarmania. Lebih dari 10 logo yang dipertandingkan. Pemenang ditentukan berdasarkan kiraan "Like". Alhamdulillah, logo ciptaan saya telah mendapat Like yang paling tinggi.Setinggi-tinggi terima kasih kepada pengundi. Ini adalah kalai ketiga berturut-turut logo saya terpilih untuk Sambutan Ulangtahun Keicarmania. Tahun depan bagi peluang pada orang lain pula lah. :)