Seperti tahun-tahun yang lepas, Keicarmania KL-Selangor akan mengadakan konvoi luar dari Kuala Lumpur. Untuk tahun ini, Colmar Tropicale menjadi pilihan. Peserta konvoi disertai oleh ahli-ahli Keicarmania dari KL, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Pahang. Konvoi sebanyak lsbih 30 buah kereta berkumpul di Stesen Minyak BHP Gombak pada pukul 8 pagi. Konvoi bergerak lebih kurang pada pukul 9 pagi. Perjalanan agak mencabar bagi kenderaan yang ber"cc" rendah kerana keadaan jalan berbukit. Tetapi itu tidak melunturkan semangat para peserta untuk aktivi kali ini. Konvoi tiba di Colmar Tropicale lebih kurang pada pukul 10.30pagi. Aktiviti bebas, bergambar, dan melawat perkampungan Jepun. Dibawah saya kongsikan antara gambar-gambar menarik pada hari tersebut.
No comments:
Post a Comment