Pages

Friday, March 23, 2012

K-Kompak #87 (April 2012)

K-Kompak isu 87 muncul dengan tema Hello Kitty. Seperti yang sudah kita ketahui, Hello Kitty diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Bukan hanya di Jepun, tetapi juga di Malaysia. Untuk isu kali ini, Perodua Kancil milik Jai dan Manja menjadi cerita utama. Persembahan yang menarik untuk kereta Kancil dari Sarawak ini. K-Kompak turut memaparkan beberapa lagi kereta yang bertemakan Hello Kitty, antaranya dari utara tanah air. Untuk isu ini juga K-Kompak menyelitkan beberapa lagi modifikasi selain dari Hello Kitty. Ingin tahu lebih lanjut? Dapatkan K-Kompak isu 87 dipasaran!

Wednesday, March 14, 2012

Bellamy Boutique Logo Design

Job Title: Bellamy Boutique Logo Design
Client: Bellamy Boutique
Facebook Page: http://www.facebook.com/pages/Bellami-Boutique/270204329700927

LOGO VARIATION

Sunday, March 11, 2012

Trip To Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Seperti tahun-tahun yang lepas, Keicarmania KL-Selangor akan mengadakan konvoi luar dari Kuala Lumpur. Untuk tahun ini, Colmar Tropicale menjadi pilihan. Peserta konvoi disertai oleh ahli-ahli Keicarmania dari KL, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Pahang. Konvoi sebanyak lsbih 30 buah kereta berkumpul di Stesen Minyak BHP Gombak pada pukul 8 pagi. Konvoi bergerak lebih kurang pada pukul 9 pagi. Perjalanan agak mencabar bagi kenderaan yang ber"cc" rendah kerana keadaan jalan berbukit. Tetapi itu tidak melunturkan semangat para peserta untuk aktivi kali ini. Konvoi tiba di Colmar Tropicale lebih kurang pada pukul 10.30pagi. Aktiviti bebas, bergambar, dan melawat perkampungan Jepun. Dibawah saya kongsikan antara gambar-gambar menarik pada hari tersebut.











Thursday, March 8, 2012

Keicarmania Northern Region Gath 2012

Pada 3 Mac yang lepas, berlangsungnya "Northern Region Gath" Keicarmania 2012. Gath ini merupakan gath yang julung kali diadakan selama keicarmania ditubuhkan. Saya juga tidak ketinggalan untuk menyertainya. Konvoi dari utara dan selatan tanah air berkumpul di tapak parking The Lost World of Tambun pada pukul 4 petang. Hujan lebat menemani peserta-peserta gath sejak mula berkumpul. Aktiviti agak terbatas akibat hujan lebat. Walaupun hujan, kemeriahan tetap terasa. Lebih dari 30 buah kenderaan dpt dikumpulkan. Gath berakhir pada pukul 7 malam. Gambar sekitar Northern Region Gath 2012.




Thursday, March 1, 2012

3D Modelling: Cafe

Google Sketch Up adalah antara medium yang memudahkan penggunanya merekabentuk model 3D. Untuk job kali ni, saya dikehendaki merekabentuk sebuah cafe yang akan dibuka disebuah pusat perlancongan. Antara requirement dalam job tersebut adalah, cafe tersebut hendaklah direka dalam bentuk 3D. Google Sketch Up menjadi pilihan saya. Dibawah saya kongsikan beberapa lagi shot sekitar bahagian dalaman cafe tersebut.